Hukuman buang negeri Ngah Ibrahim

Selepas satu perbicaraan yang diadakan di Kota Ngah Ibrahim (kini menjadi markas dan kediaman Kapten Tristam Speedy) Dato Maharaja Lela dikenakan hukuman gantung. Oleh kerana tiada bukti kukuh yang boleh menambat Ngah Ibrahim kepada pembunuhan Birch, Ngah Ibrahim, bersama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin dikenakan hukuman buang negeri ke Kepulauan Seychelles bersama-sama Sultan Abdullah. Pada tahun 1877, Ngah Ibrahim dihantar ke Kepulauan Seychelles untuk menjalani hukuman buang negeri.